fbpx

Pembangunan bandar warisan 150 tahun Taiping terima sokongan kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad menerima cenderahati ketika melawat booth pameran selepas merasmikan Majlis Pelancaran Hari Ulang Tahun ke 150 Taiping di Dataran Warisan Taiping hari ini.

TAIPING – Sambutan Hari Ulang Tahun ke 150 Bandar Taiping mendapat sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Perak kerana sambutan ini merupakan langkah sesuai dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengalakkan aktiviti kemasyarakatan yang berakar umbi tempatan.

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keberhasilan sambutan ini diyakini dapat menarik perhatian pengunjung dengan jumlah yang signifikan dan manfaatnya dijangka dapat dirasai oleh komuniti tempatan secara keseluruhan.

“Harapan saya, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dapat berterusan merancang acara -acara yang inklusif dan holistik sempena sambutan ulang tahun ke-150 Bandar Taiping ini.

“Selain mendorong penghayatan terhadap nilai-nilai warisan sejarah dan ketamadunan bagi memperkukuhkan identiti dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun le 150 Bandar Taiping di Dataran Warisan Taiping disini hari ini.

Menurutnya, Taiping sebelumnya dikenali sebagai Klian Pauh merupakan salah satu bandar yang sangat berpengaruh dalam sejarah Malaysia khususnya di Perak.

“Meniti usia 150 tahun adalah anugerah yang luar biasa mencerminkan ketahanan dan kelestariannya serta Bandar Taiping telah menyaksikan kepada transformasi dari zaman kolonial hingga ke zaman moden ini,” ujarnya.

Tambahnya, bagi merealisasikan Tahun Melawat Perak 2024, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM21.2 juta bagi menyediakan pengalaman pelancongan terbaik kepada pengunjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI