fbpx

Pekerja farmasi ‘kantoi’ curi RM150 setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barangan milik pekerja wanita itu digeledah oleh pemilik farmasi. - Instagram

JAKARTA – Seorang pekerja sebuah farmasi di Indonesia tular di media sosial selepas dituduh mencuri wang tunai 500,000 rupiah (RM150) setiap hari sehingga dapat membeli telefon bimbit, kereta dan tanah, lapor laman berita Suara.com.

Berdasarkan sebuah klip video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @rumpii_asiik, seorang wanita yang didakwa pemilik farmasi tersebut dilihat sedang menggeledah beg tangan pekerjanya.

Pelaku hanya berdiam diri ketika begnya diperiksa, manakala wajah pemilik farmasi itu kelihatan merah padam akibat menahan marah.

Beberapa bukti turut dipaparkan dalam hantaran tersebut termasuk wang yang dicuri, bukti pembelian sebuah telefon bimbit jenama iPhone serta surat pembelian tanah dan kereta.

Turut disertakan adalah foto memaparkan pekerja wanita berkenaan bergambar di hadapan sebuah kereta jenama Toyota yang baru dibelinya.

Sekeping nota yang ditulis pelaku mengenai sasaran wang yang dicurinya di farmasi tersebut turut ditemui di dalam begnya.

Hantaran itu kemudian mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Padahal wajahnya nampak seperti orang baik,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI