fbpx

Ribut petir di Sabah sehingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sabah dan akan berkuat kuasa sehingga 1 tengah hari nanti.

Menurut kenyataan jabatan itu di laman Facebook, keadaan buruk itu melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod).

“Dalam pada itu, Malaysia masih lagi mengekalkan amaran hujan beterusan peringkat waspada di selatan Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman di bahagian Sibu, Mukah dan Betong.

“Amaran ini turut berkuat kuasa sehingga hari ini, 19 Januari,” katanya.

Jelasnya lagi, amaran ini turut dikekalkan bagi negeri-negeri di Semenanjung iaitu melibatkan Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Kluang, Mersing Kota Tinggi dan Kota Bahru.

“Amaran bagi kedua negeri di semenanjung di berlarutan sehingga ke hari esok.

“Dalam tempoh ini, hujan di Sabah, Pahang dan Johor diramal boleh berterusan dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah,” tambahnya.

Mengulas lanjut, amaran sebegini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI