fbpx

Najib boleh mohon dibebaskan September ini – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.-Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak boleh memohon untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atau dibebaskan sepenuhnya (DNA) daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn. Bhd berjumlah RM27 juta, pada September ini.

Hakim Mahkamah Tinggi K.Muniandy menetapkan demikian selepas memutuskan perbicaraan yang dihadapi Najib, 71, bagi tiga pertuduhan tersebut yang akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 12 Mac ini bagi pengurusan kes seterusnya berhubung perbicaraan kes itu.

Ia susulan makluman daripada Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang memaklumkan bahawa, status representasi bekas Perdana Menteri itu untuk menggugurkan kes, masih belum mencapai sebarang keputusan.

Pada 8 Februari 2019, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tiga tuduhan ubah wang haram, tetapi kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Bagi ketiga-tiga tuduhan itu, Najib didakwa terbabit aktiviti ubah wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM27 juta dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Najib dituduh melakukan semua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini, pada 8 Julai 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Najib kini sedang menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang dan didenda RM210 juta, atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Sebelum ini, bekas pemimpin UMNO itu telah menghantar representasi kepada Peguam Negara (AG) untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan kes pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM27 juta yang dihadapinya.

Untuk rekod, Najib berdepan dua lagi kes mahkamah iaitu penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil seramai 49 saksi.

Sementara satu lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI