fbpx

Loji jana kuasa solar hibrid 500MV pertama bakal dibina di Segamat, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Izani dan Vince Choi menandatangani perjanjian kerjasama pembangunan loji jana kuasa solar hibrid 500-megawatt pertama di Segamat, Johor.

PETALING JAYA – UEM Group Berhad (UEM Group) menerusi UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) bersama HEXA Renewables Malaysia Sdn Bhd (HEXA Renewables) dan ITRAMAS Corporation Sdn Bhd (ITRAMAS) menandatangani perjanjian melibatkan pembangunan loji jana kuasa solar hibrid 500-megawatt (500MV) pertama di Segamat, Johor.

Perjanjian tersebut ditandatangani kurang daripada enam bulan selepas ketiga-tiga syarikat berkenaan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi UEM Group mempertimbangkan penyertaannya menerusi pelbagai peranan termasuk kerjasama dalam membangunkan projek berkenaan.

Pengerusi UEM Lestra, Datuk Mohd. Izani Ghani berkata, usaha merealisasikan projek peralihan tenaga strategik dan bernilai tinggi negara itu telah bermula dengan baik.

“Di samping membentuk kerjasama secara rasmi dengan HEXA Renewables dan ITRAMAS, kita juga telah mendapatkan kawasan tanah yang sesuai di Segamat, Johor selaku tapak bagi loji jana kuasa solar hibrid 500MW ini.

“Sukacita ingin saya kongsikan bahawa perbincangan dengan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk menjadi pembeli kuasa solar 500MW ini juga telah berjalan dengan positif dan butiran lanjut akan dimuktamadkan dalam masa beberapa bulan ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung butiran bagi kerangka Akses Pihak Ketiga (TPA, ‘Third Party Access’) yang akan membolehkan projek berkenaan mula beroperasi.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif HEXA Renewables, Vince Choi dan Pengarah Urusan Kumpulan ITRAMAS , Lee Choo Boo.

Perjanjian tersebut merangkumi perjanjian pemegang saham di antara UEM Lestra dan HEXA Renewables untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV, ‘Joint Venture’) yang dikenali sebagai Lestra Hexa JV Sdn Bhd (Lestra Hexa JV), di mana UEM Lestra memiliki 51 peratus pegangan manakala baki 49 peratus pegangan dimiliki oleh HEXA Renewables.

Selain itu, perjanjian kerjasama teknikal di antara Lestra Hexa JV dan ITRAMAS, syarikat pembangunan loji jana kuasa solar, penyedia perkhidmatan dan EPCC (Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan) terbesar di Malaysia.

Di bawah perjanjian itu, ITRAMAS akan menyediakan perkhidmatan teknikal dalam membangunkan satu pakej EPCC yang lengkap buat Lestra Hexa JV.

Dalam pada itu, Vince Choi berkata, pihaknya berbesar hati dengan kemajuan yang dicatatkan dalam pelaksanaan projek penting di bawah NETR itu.

“Mereka yang terlibat telah bekerja keras untuk berada di sini dan akan terus memanfaatkan kelebihan serta pengalaman kami bersama dalam membangunkan projek yang berskala besar ini.

“Kami yakin projek ini, dengan inisiatif lain di bawah NETR, akan membuka jalan ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga boleh baharu di Asia Tenggara,” katanya.

Sentimen itu turut dikongsi Lee Choo Boo yang menyifatkan emajuan projek tersebut yang dijayakan bersama menyemarakkan semangat pasukannya di ITRAMAS.

“Ini merupakan satu kemajuan yang terhasil daripada usaha semua pihak. Pembangunan serta pemuktamadan kerangka TPA, di samping perbincangan dengan syarikat yang berpotensi untuk menjadi pembeli, adalah penting dalam membentuk impak positif yang segera daripada projek ini, sekaligus merealisasikan perancangan sedia ada.

“Usaha dan komitmen kolektif ini akan memberi sumbangan signifikan dalam melakar lanskap tenaga Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI