fbpx

‘Salam Papa, saya masih ada aplikasi MySejahtera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian gambar tiga anak lelaki Dr. Noor Hisham di aplikasi X, miliknya.

PETALING JAYA – Ketampanan tiga anak lelaki Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mencuri tumpuan pengguna media sosial.

Sebaik sahaja Noor Hisham berkongsi gambar tiga anak lelakinya itu, ada dalam kalangan netizen bergurau malah berani menawarkan diri mahu menjadi menantu.

Menurusi ciapan yang dimuat naik Noor Hisham di aplikasi X, perkongsian gambar tersebut menunjukkan tiga anak lelakinya, Khazin, Khalis dan Khair ketika mereka masih kecil.

Gambar tersebut menjadi kenangan manis masa lalu tiga anaknya yang kini telah matang menjadi dewasa.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji rupa paras anak lelaki Noor Hisham yang dikatakan mewarisi bapanya.

“Salam Papa, saya masih ada aplikasi MySejahtera,” komen Iman Capiyy.

“Saya Izzah, pernah dua kali vaksin dan dapat penyakit Covid-19 sampai tiga kali,” ujar Han.

“Assalamualaikum Dr., saya sejak PKP sampai sekarang tak pernah keluar rumah,” gurau Chaenie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI