fbpx

Pelajar tawar khidmat bermalam di rumah berhantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wifei dan Setthawut mengenakan bayaran 1,000 baht (RM132.35) untuk satu malam. – KhaoSod

BANGKOK – Dua pelajar Universiti Chiang Mai di Thailand menawarkan khidmat bermalam di rumah yang didakwa berhantu pada bayaran 1,000 baht (RM132.35) untuk satu malam, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Menurut beberapa kumpulan sembang di laman Facebook,  Wifei Cheng dan Setthawut Boonprakong mengiklankan kesediaan mereka bermalam di mana-mana hartanah yang dikatakan pernah berlaku kes kematian atau berhantu.

Dua sahabat karib itu berkata, mereka mula mengiklankan perkhidmatan itu pada 15 Januari lalu dengan niat menjadikannya sebagai kerja sambilan  dan bukannya untuk menghasilkan kandungan internet.

Mereka mendapat inspirasi berbuat demikian  selepas melihat perkhidmatan serupa yang dilakukan oleh sebilangan individu di Jepun.

Sebagai permulaan, Wifei dan Setthawut merancang melakukan aktiviti itu di sekitar Chiang Mai dan menetapkan harga upah 1,000 baht untuk satu malam.

Harga yang ditetapkan bagaimanapun akan meningkat berdasarkan tahap keseraman sesuatu lokasi.

Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk menyediakan laporan terperinci pengalaman mereka dalam bentuk klip video dan rekod bertulis. Ia menyediakan maklumat berharga untuk bakal penyewa atau pembeli. 

Hantaran mereka itu menerima banyak permintaan dan pertanyaan daripada orang ramai di Chiang Mai dan seluruh Thailand.

Namun setakat ini, tiada sebarang perjanjian formal yang dipersetujui, lapor laman berita KhaoSod. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI