fbpx

Menteri Pengangkutan Singapura didakwa 27 kesalahan kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISWARAN (tengah, berkaca mata) meninggalkan sebuah mahkamah di Singapura hari ini. – AFP

SINGAPURA – Menteri pengangkutan Singapura, S Iswaran didakwa atas 27 kesalahan sebagai sebahagian daripada siasatan kes rasuah, demikian menurut dokumen mahkamah hari ini.

Beliau ditangkap pada Julai 2023 dan dibebaskan dengan ikat jamin melibatkan siasatan rasuah peringkat tinggi yang jarang berlaku di Singapura.

Iswaran berkata, beliau akan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang difailkan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah ketika hadir di mahkamah hari ini, lapor akhbar tempatan, Straits Times.

Seorang wartawan AFP melihat Iswaran beredar bersama peguamnya selepas hadir ke mahkamah.

Siasatan itu menggemparkan Singapura yang merupakan sebuah hab kewangan global dan terkenal sebagai antara negara paling kurang kes rasuah di dunia.

Menteri-menteri Kabinet Singapura dibayar gaji setanding dengan golongan berpendapatan tinggi dalam sektor swasta untuk mencegah amalan rasuah. 

Dalam pada itu, Iswaran juga mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri pengangkutan hari ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI