fbpx

Dapat RM47,000 jika tutup telefon sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 peserta yang berjaya akan membawa pulang wang tunai dan bekalan yogurt. - Getty Images

BANDAR RAYA NEW YORK – Syarikat pembekal yogurt, Siggi’s Dairy menawarkan hadiah AS$10,000 (RM47,160) kepada individu yang berjaya menjalani kehidupan tanpa telefon pintar selama sebulan.

Akhbar New York Post melaporkan, syarikat berpangkalan di negeri New York itu mengumumkan peraduan tersebut semalam.

“Daripada meminta orang ramai menahan diri daripada alkohol selama sebulan, kami mencabar anda untuk tidak menggunakan telefon pintar anda.

“Kami percaya tentang kuasa untuk menjalani kehidupan secara lebih sederhana tanpa banyak  gangguan. Salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita hari ini ialah telefon pintar,” kata syarikat berkenaan.

Seramai 10 peserta akan dipilih berdasarkan esei yang mereka serahkan kepada syarikat berkenaan. 

Untuk memastikan peserta tidak menggunakan telefon pintar mereka, Siggi’s Dairy akan menghantar peti berkunci bersama telefon kecil dengan kad SIM prabayar selama sebulan kepada setiap peserta.

Pada akhir peraduan, 10 peserta yang berjaya akan membawa pulang wang tunai dan 60 cawan yogurt keluaran syarikat tersebut. Tempoh pendaftaran peraduan bermula semalam dan berakhir pada 31 Januari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI