fbpx

Projek Penggantian Aerotrain KLIA kembali ke landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem Aerotrain KLIA sebelum ini, yang kini sedang menjalani proses penggantian.

PETALING JAYA – Malaysia Airports memeterai perjanjian dengan Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. (Alstom), IJM Construction Sdn. Bhd. dan Pestech Technology Sdn. Bhd. (IJMC-Pestech JV) bagi mengemudi Projek Penggantian Aerotrain kembali ke landasannya.

Di bawah perjanjian baharu ini, Alstom selaku pengeluar peralatan asal (OEM) Aerotrain baharu akan bertindak sebagai Ketua Penyelarasan Projek.

Syarikat itu bertanggungjawab untuk kerja-kerja pelarasan bagi memulakan semula projek berkenaan sebelum menghantar tiga kereta api baharu serta dua landasan menjelang suku tahun pertama (Q1) 2025.

Dalam membuat keputusan ini, Lembaga Malaysia Airports mempertimbangkan dua fokus utama iaitu pematuhan yang dipersetujui, sesuai untuk tujuan serta memastikan projek boleh memenuhi garis masa asal untuk operasi kedua-dua landasan.

Untuk memastikan kesinambungan projek dan pematuhan kepada garis masa asal, kontrak baharu dengan Alstom tidak termasuk operasi dan penyelenggaraan dijangka naik dengan kos peningkatan dihadkan pada 15 peratus, menjadikannya RM456.1 juta.

Kenaikan disebabkan oleh kos pegangan faedah, pertimbangan pertukaran asing, perbelanjaan mobilisasi semula serta yuran penyelarasan projek kepada Alstom.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Mohamed Rastam Shahrom berkata, ia merupakan varian yang boleh diterima untuk projek berkenaan dan membolehkannya kembali ke landasan.

“Keputusan untuk menghantar tiga tren dan melengkapkan kedua-dua laluan secara serentak membolehkan kerja-kerja penggantian yang optimum untuk mencapai tarikh siap projek seperti perancangan asal.

“Kami tidak sabar-sabar menunggu kontraktor menghantar projek ini menjelang Q1 2025, untuk keselesaan dan kemudahan penumpang kami di KLIA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI