fbpx

Penumpang pesawat ‘berkelah’ atas landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penumpang duduk di atas landasan terbang untuk makan malam di Mumbai, kelmarin. - Foto Twitter

NEW DELHI –  Sebuah syarikat penerbangan tambang murah di India membuat permohonan maaf selepas satu rakaman video tular menunjukkan kumpulan penumpangnya makan dan duduk di atas landasan, lapor laman berita Wion News semalam.

Satu penerbangan pesawat IndiGo yang menuju ke Delhi dari Goa pada Ahad lalu terpaksa dilencongkan dan mendarat di lapangan terbang Mumbai awal pagi kelmarin. Ia berikutan cuaca buruk yang melanda, demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Situasi itu menyebabkan penumpang-penumpang pesawat tersebut tidak mempunyai pilihan selain duduk di atas landasan lapangan terbang tersebut.

Sebahagian daripada mereka dilihat sedang makan, manakala yang lain bermain telefon bimbit masing-masing bagi mengetahui status penerbangan mereka. – AGENSI

 

   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI