fbpx
NUR AISYAH menunjukkan mata kirinya yang kini buta disebabkan penyakit radang kulit yang dihadapinya di rumahnya di Taman Nong Chik, Pontian baru-baru ini.

Buta mata kiri akibat hidap radang kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang bekas guru tuisyen yang buta mata kirinya akibat menghidap penyakit radang kulit kini tidak mampu be­kerja membantu meringankan bebanan keluarganya.

Nur Aisyah Hadin, 33, berkata, mata sebelah kanannya juga kabur dan memerlukannya rawatan secara berkala di pakar mata di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.

Selain itu katanya, penyakit itu turut menyebabkan kulitnya tidak boleh terdedah kepada pancaran cahaya matahari menyebabkan dia tidak boleh me­lakukan sebarang pekerjaan di luar rumah.

Katanya, dia kini bergantung kepada pendapatan suaminya, Mohd. Adnan Mohd. Ismail, 33, yang bekerja sebagai pemandu lori telur dengan pendapatan bersih RM1,200 sebulan.

“Niat hati memang nak membantu suami, tetapi kesihatan tidak mengizinkan disebabkan mata saya tidak boleh kena cahaya matahari.

“Tambah pula kami ada dua orang anak yang masih kecil dan perlu perhatian,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Nong Chik di sini baru-baru ini.

Tambahnya, dia mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan yang berusia empat hingga 13 tahun dengan salah seorangnya merupakan orang kelainan upaya,” ujarnya.

Katanya, memandangkan suami bercuti pada Isnin, dia memastikan dapat menerima pemeriksaan bagi mata dan kulitnya di HSA pada hari sama bagi menjimatkan perbelanjaan.

Katanya, untuk ke HSA, sekurang-kurangnya memerlukan kira-kira RM100 termasuk duit minyak kereta dan duit makan anak-anak kerana akan berada seharian bagi menerima rawatan susulan.

“Disebabkan masalah mata, saya menerima kad OKU secara digital dan berharap akan mendapat kad secara fizikal bagi mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dengan gaji RM1,200 yang diterima suami, kami makan apa yang ada, kerana banyak lagi keperluan yang perlu didahulukan,”ujarnya.

Mereka yang bersimpati de­ngan keluarga ini boleh menghubungi Nur Aisyah Hadin di No. 21, Jalan Nong Chik 3, Taman Nong Chik, Pontian atau talian 016-826 0494 atau melalui akaun Bank Rakyat (2205687010).

NUR AISYAH menunjukkan mata kirinya yang kini buta disebabkan penyakit radang kulit yang dihadapinya di rumahnya di Taman Nong Chik, Pontian baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN