fbpx

Rumah diceroboh, Salman Khan dikawal ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGI menjamin keselamatan, Salman Khan kini dikawal ketat oleh beberap pengawal peribadinya.

GARA-GARA kediaman rumah ladangnya diceroboh dua lelaki, Salman Khan kini diiringi lebih ramai pengawal peribadi yang diketuai individu kepercayaan aktor itu bernama Shera.

Penambahan kawalan keselamatan dibuat memandangkan sebelum ini pelakon sensasi turut berdepan beberapa ugutan bunuh daripada kroni ketua gangster, Lawrence Bishnoi sehingga membuatkan hidupnya dalam ketakutan.

Akibat kejadian pecah masuk rumah persinggahan tersebut, Salman kini sentiasa diiringi segerombolan lelaki yang bertubuh sasa selain difahamkan mempunyai lesen senjata api.

Terbaharu, bintang filem berusia 58 tahun ini meraih sorakan peminat di sebuah lapangan terbang yang teruja melihat kehadirannya, namun pengawal yang bersamanya pantas membawa Salman ke kereta.

Kecekapan barisan orang kepercayaan membuktikan mereka sememangnya serius dalam memastikan keselamatan majikan mereka terjamin.

Beberapa tahun sebelum ini terdapat anggota polis diarahkan mengawal setiap pergerakan Salman selepas menjadi seorang dari 10 sasaran utama yang ingin dilenyapkan penjenayah terbabit.

Ancaman bermula susulan kes pemburuan ‘black buck’ iaitu satu spesies seladang yang dilakukan Salman pada tahun 1998 apabila tindakan tersebut dianggap sebagai penghinaan kepada komuniti Bishnoi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI