fbpx

Anak lelaki didakwa ugut mahu bunuh ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharif Husin (tengah) didakwa mengugut bunuh ibunya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut mahu membunuh ibu kandungnya pada minggu lalu.

Tertuduh, Sharif Husin Abdullah, 33, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah, mengugut untuk membunuh ibunya berusia 54 tahun dengan niat menimbulkan rasa takut terhadap mangsa.

Sharif Husin didakwa melakukan ugutan tersebut di sebuah rumah di Kuala Nerus pada pukul 12.01 tengah malam, 8 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan dia dibebaskan dengan wang jaminan RM5,00 dan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 20 Februari depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI