fbpx

10 sekeluarga sehelai sepinggang rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan rumah kayu didiami 10 sekeluarga di Kampung Batu 3, Jalan Trusan-Lawas pagi tadi.

LAWAS – Seramai 10 mangsa sekeluarga iaitu lima lelaki dewasa, empat perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu yang didiami mereka di Kampung Batu 3, di sini ranap terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak empat kilometer dari balai, sebaik selepas menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.12 pagi.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.34 pagi namun telah memusnahkan 100 peratus rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa yang berlaku namun seorang daripada mangsa melecur ringan pada tangan kiri dan telah dirawat oleh unit EMRS.

Beliau berkata anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI