fbpx

Seluar lelaki terkoyak ketika akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menutupi bahagian yang terkoyak ketika menghulur mikrofon. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seluar seorang lelaki terkoyak apabila cuba membantu menghulurkan mikrofon ketika pengantin lelaki melafazkan akad nikah.

Laman berita yoursay.id melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @itsme.meyyuar. 

Lelaki itu pada awalnya dilihat mencari posisi sesuai untuk memegang mikrofon di belakang pengantin lelaki.

Ketika hendak duduk, seluarnya tiba-tiba terkoyak sehingga membuatkan tetamu lain menahan ketawa.

Lelaki itu bagaimanapun tetap menjalankan tugasnya dengan menutup bahagian seluar yang terkoyak.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Saya kalau jadi jurukamera sudah tentu ketawa,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI