fbpx

Dua cedera bergaduh rebut seluar jean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU pergaduhan melibatkan seluar jean berlaku di Pattaya semalam. - Foto The Pattaya News

BANGKOK – Dua remaja cedera dengan seorang daripada parah kerana bergaduh berebut sehelai seluar jean di Pattaya pagi semalam, lapor portal berita The Pattaya News.

Kejadian berlaku sekitar pukul 1.26 pagi (waktu tempatan) berhampiran Jeti Bali Hai, Pattaya Selatan.

Salah seorang mangsa yang cedera dikenali sebagai Wanarach, 19,  tahun bersetuju untuk membeli seluar jean itu daripada seorang kenalannya pada harga 600 baht (RM77.95).

Bagaimanapun, seorang lagi rakan penjual itu yang diiringi oleh sekumpulan remaja menuntut mangsa memulangkan seluar jean tersebut kepada mereka.

Apabila Wanarach enggan berbuat demikian, rakan penjual dan kumpulan remaja terbabit menyerang Wanarach dan kawannya.

Mangsa dikelar di kepala dengan pisau dan mengalami luka serius, manakala seorang rakannya yang dikenali sebagai Wachirawich, 20, turut cedera dalam pergaduhan itu.

Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan. Polis masih  menyiasat kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI