fbpx

DBKL rampas ubat perangsang, alatan seks djual warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DBKL merampas barang milik tukang kasut dan peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas ubat perangsang dan alatan seks yang dijual warga asing dalam satu operasi di Jalan Haji Taib dan Chow Kit, di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan, barangan tersebut dijual oleh empat penjaja warga asing.

“Kita turut menyita barang dagangan dua tukang kasut dan seorang peniaga makanan ringan warga asing mengikut Undang-Undang Kecil Pelesen Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua peniaga terbabit menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sekitar Jalan Haji Taib dan Chow Kit, Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

DBKL turut memaklumkan bahawa pemeriksaan berterusan dan pemantauan secara berkala akan dijalankan secara sistematik di sekitar kawasan tumpuan di ibu negara dari semasa ke semasa.

“Ia termasuk menerusi siri-siri tindakan khas yang telah dirancangkan termasuk di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI