fbpx

Alhamdulilah, Elly Ellyana sudah dijumpai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY ELLYANA SHAFINAZ MOHD DOM

KLUANG – Remaja perempuan yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar makan di bandar Kluang pada 10 Januari lalu sudah ditemui dan dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Taman Titiwangsa dekat sini malam tadi.

Siti Hawa Kasim, 50, berkata, anaknya, Elly Ellyana Shafinaz Mohd Dom, 17, ditemui di Taman Saujana kira-kira lima kilometer dari bandar Kluang oleh kawan-kawan kepada abangnya kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Susulan itu, Siti Hawa bersama abangnya datang menjemput Elly Ellyana yang juga anak sulung daripada enam adik beradik itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk menarik balik laporan kehilangan yang dibuat sebelum ini.

“Alhamdulilah Elly Ellyana sudah ditemui” demikian ungkapan ibunya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Siti Hawa turut berterima kasih atas keperihatinan orang ramai termasuk akhbar ini yang membantu menyiarkan kehilangan anak bongsunya itu sehingga mendapat perhatian semua untuk membantu mencari.

Semalam, Kosmo! menyiarkan berita remaja perempuan itu yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama teman lelakinya serta seorang lelaki lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI