fbpx

Sah bukan ‘alien’, ‘makhluk’ ganjil berasal dari Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA objek yang kelihatan seperti patung didapati bukan berasal dari planet lain. - Foto AFP

LIMA  –  Dua objek mirip anak patung dan mempunyai tiga jari dikenal pasti bukan makhluk asing seperti sangkaan pelbagai pihak, kata seorang pakar arkeologi Peru seperti dilaporkan portal berita Fox News semalam.

Pakar arkeologi forensik berkenaan, Flavio Estrada berkhidmat bersama pejabat  pendakwa raya Peru.

“‘Makhluk’ ini sebenarnya diperbuat daripada kertas, gam, logam berserta tulang manusia dan haiwan.

“Penemuan ini menafikan kepercayaan sesetengah pihak bahawa objek ganjil itu merupakan makhluk asing atau berasal dari planet lain. Semua kepercayaan tersebut palsu,” kata Estrada.

Dia mengetuai analisis terhadap dua patung tersebut.

Pada tahun lalu, pihak berkuasa kastam di Peru merampas kedua-dua objek tersebut ketika ia dihantar ke Mexico.

Menurut Estrada, anak patung jasad makhluk asing  itu diperbuat daripada tulang haiwan dan menggunakan gam sintetik moden.

“Ia bukan berasal dari zaman pra-Hispanik (kuno). Kedua-dua objek tersebut bukan makhluk angkasa lepas (dan) nyata bukan makhluk asing,” jelasnya.

Menurut Estrada,  tiga jari itu makhluk itu dihasilkan menggunakan  tulang manusia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI