fbpx

Lelaki maut ditimpa pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BALING – Seorang lelaki meninggal dunia akibat ditimpa pokok yang ditebangnya, di kawasan hutan, di Kampung Teluk Temelah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Mohd Hamidi Usop, 42, yang tinggal di Kampung Bukit Kuala Kuang, Kupang, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Baling (HDB).

“Ketika kejadian, rakan mangsa, Mohamad Yusrizam Mohd Yusof, 26, bersama mangsa dan dua lagi rakannya sedang melakukan kerja-kerja menebang di kawasan hutan.

“Mohamad Yusrizam ada memanggil mangsa tetapi tidak dijawab dan hanya mendengar bunyi enjin gergaji lalu dia bergerak ke tempat di mana mangsa menebang pokok,” kata Shamsudin.

Menurutnya, ketika Hamidi sampai, dia telah melihat mangsa terbaring ditimpa pokok dan mereka kemudian membawa mangsa yang ketika itu masih lagi bernafas ke HDB.

“Doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan punca kematiannya disebabkan oleh ‘blunt force trauma to the spine’.

“Pemeriksaan ke seluruh tubuh si mati tidak menemui sebarang tanda atau kesan berunsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” kata Shamsudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI