fbpx
Produk Tasneem Naturel yang menggunakan bahan semulajadi berkualiti tinggi untuk menjaga kulit bayi yang sensitif telah menerima tempahan dari Indonesia.

Tasneem Naturel tembusi pasaran Indonesia tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tasneem Business Legacy, pengeluar produk bayi di bawah jenama Tasneem Naturel bakal mengembangkan sayap perniagaannya ke Indonesia pada tahun ini sebagai usaha meluaskan rangkaian pasarannya ke peringkat antarabangsa.

Pengasas syarikat, Ahmad Rafizal Rafie berkata, projek pengembangan ini dilaksanakan dengan lebih aktif pada tahun ini ekoran permintaan dan tempahan yang diterima begitu menggalakkan daripada rakan niaga termasuk pelanggan di sana.

Menurut beliau, testimoni positif dan keyakinan pelanggan terhadap jenama dan kualiti produk khususnya berkesan kepada bayi memiliki kulit yang sensitif membuatkan ia mendapat kepercayaan daripada pe­langgan dari negara jiran itu.

“Kami memiliki pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang ini dan keluaran produk bayi dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi yang bermutu tinggi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ahmad Rafizal yang memiliki latar belakang pendidikan dalam bidang Aerospace Engineering (USM) telah mendapat sokongan daripada pengasas bersama syarikat, Haridah Sahri yang memiliki kelulusan dalam bidang Sains computer (UKM).

Sebelum membangunkan empayar Tasneem Naturel mereka telah bergiat dalam perniagaan produk coklat selama lapan tahun.

Kini Tasneem Naturel mengeluarkan pelbagai produk selamat untuk bayi seperti balsam (Balm), losyen (Kalmy Lotion), minyak bayi (Rsty Oil, Stommy Oil), rangkaian mandian bayi dan semburan (Sleepy Pillow Mist) serta tampalan (CF-Patch dan Sleep Tight Patch).

“Tasneem Naturel telah lama dikenali sebagai pembekal produk bayi yang berkualiti tinggi dan selamat dengan memfokuskan pada bahan-bahan semulajadi. Kami berdedikasi untuk terus berinovatif dan responsif terhadap keperluan pelanggan kami,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Haridah berkata, syarikat sedang dalam perancangan untuk menembusi rangkaian farmasi di negara ini dalam usaha menambah rang­kaian pasaran domestik.

Buat masa ini, syarikat telah dibantu oleh 400 ejen yang aktif dan kini menyasarkan untuk menambah pengedar baharu di platform jualan di TikTok sehingga 10,000 orang di seluruh negara.

Bagi menggalakkan lebih ramai usahawan mengambil peluang daripada perluasan operasi perniagaan pada tahun ini, syarikat juga dijangka memperkenalkan program inisiatif terbaharu untuk membantu lebih ramai pengedar sah Tasneem untuk menjana pendapatan.

“Kami telah melancarkan program Tasneem Home Centre sebagai sebuah inisiatif yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar.

“Setiap Tasneem Home Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran percuma antaranya adalah bunting, katalog, pelekat tingkap kereta, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem Home Centre,” terangnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN