fbpx

Remaja 17 tahun dinodai teman lelaki ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MUAR – Seorang lelaki tempatan di tahan disyaki terlibat dengan kes amang seksual
fizikal terhadap seorang remaja 17 tahun yang merupakan anak kepada teman wanitanya, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek ditahan pada kelmarin kira-kira pukul 8 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 53 tahun merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa. Kejadian berlaku pada Isnin (8 Januari) semasa suspek berada di rumah bersama mangsa ketika ibunya keluar bekerja.

“Suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga Selasa depan bagi siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI