fbpx

Manifesto budak U edar deodoran bagi pelajar ada bau badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian manifesto yang tular di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Manifesto seorang penuntut universiti menjadi buah mulut pengguna media sosial apabila menawarkan edaran deodoran kepada pelajar yang mengalami masalah bau badan.

Menerusi perkongsian poster yang dimuat naik di aplikasi X, pelajar bernama Siti Nur Asyerra itu berkongsi manifesto berikut jika terpilih menjadi wakil pelajar daripada fakultinya.

“Pengagihan deodoran bagi pelajar yang mempunyai masalah bau badan serta memperkasakan sistem mentor-mantee pelajar,” tulisnya dalam poster manifesto tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat manifesto pelajar ini sehingga ada yang bersangka bahawa pelajar di universiti itu mengalami masalah bau badan.

“Sis tak boleh tahan bau badan orang sampai sanggup jadi MPP untuk suruh orang pakai deodoran. Sangat respek,” komen @chairmanglc.

“Ada peluang dia menang tinggi,” tambah Zulaikha.

“Ini baru betul manifesto. Realistik dan memang boleh buat,” ujar @ftay.

Perkongsian poster manifesto itu telah menerima sehingga 659,000 tontonan dan 3,700 tanda suka sejak ia dimuat naik pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI