fbpx

Curi plat lambang ‘hakim’ sebagai hadiah hari lahir untuk abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lambang ‘hakim’ yang dirampas daripada kedua-dua suspek selepas ditahan di kediamannya di Batu Caves, Gombak. Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Dua beradik ditahan selepas disyaki terlibat dalam kejadian calar kereta rasmi Hakim Mahkamah Persekutuan di parkir di tepi jalan Taman Koperasi Polis Fasa Dua, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu juga, salah seorang remaja yang berusia 15 tahun bertindak mencabut lambang ‘hakim’ kerana menyerupai nama abangnya sebagai hadiah hari lahir.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pengadu memaklumkan kejadian pada pukul 8.50 malam itu disedarinya selepas selesai menunaikan solat di masjid.

“Susulan itu, sepasukan polis daripada Cawangan Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Sentul membuat serbuan di sebuah rumah di Batu Caves berdasarkan hasil risikan yang dijalankan.

“Hasil serbuan berkenaan berjaya menahan dua remaja lelaki warga tempatan yang juga adik-beradik. Kedua-dua tangkapan berusia 15 tahun dan merupakan pelajar sekolah tingkatan tiga,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di sini, hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, siasatan mendapati remaja berkenaan mencuri lambang berkenaan kerana menyerupai nama abangnya dan dihadiahkan sempena hari lahir.

“Siasatan mendapati adiknya yang lahir pada bulan Disember ingun memberi hadiah hari lahir abangnya yang lahir pada bulan Mac tahun yang sama kerana lambang berkenaan menyerupai nama abangnya.

“Kedua-dua suspek yang ditangkap tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 kanun keseksaan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum dengan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI