fbpx

[VIDEO] ‘Putera raja’ jatuh dari tandu ketika perarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar putera raja pasukan rumah biru terjatuh dari tandu ketika perbarisan sekolah.

PETALING JAYA – Insiden mencuit hati berlaku apabila ‘putera raja’ terjatuh semasa perbarisan kejohanan sukan sebuah sekolah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, pengusung perarakan rumah sukan biru kelihatan goyah dan tidak stabil sehingga menyebabkan putera raja terjatuh dari tandu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika Kejohanan Olahraga ke-36 di Sekolah Kebangsaan Malau, Kedah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli hati melihat kejadian tersebut.

“Budak yang membetulkan misainya itu yang terlepas tangan,” komen Nazre.

“Habislah kena pecat empat orang yang angkat tu,” tulis Kore Nyior.

“Comel tengok telatah anak-anak ini. Maafkan acik ya anak-anak, acik tak tahan tergelak,” tambah Nik Marini.

Video berdurasi 59 saat itu telah menerima sebanyak 468,000 tontonan dan 6,800 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@skmalau Kejohanan Olahraga SKMalau Ke-36 #MalauDiHatiku #memories #sukan ♬ original sound – SK Malau

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI