fbpx

PM bangga PTP raih kedudukan 15 pelabuhan terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR menerima cenderamata yang disampaikan oleh pekerja PTP sambil diperhatikan oleh Syed Mokhtar (kiri) sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota PTP di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

ISKANDAR PUTERI – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) yang merupakan anak syarikat Kumpulan MMC bakal terus memacu perkembangan sektor logistik dan pelabuhan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu terbukti dengan kejayaan pelabuhan itu mencapai kedudukan sebagai pelabuhan ke-15 paling sibuk di dunia.

“Dahulu, saya beri sokongan kuat kepada pembinaan pelabuhan ini, saya bersyukur dan berasa bangga dengan pencapaian yang telah diraih pelabuhan ini sekarang.

“Walaupun dengan adanya pengurusan yang baik, cekap dan mantap, tetap tidak mungkin tercapai kejayaan seperti ini tanpa adanya komitmen daripada kakitangan.

“Jadi saya berharap sekiranya PTP meraih keuntungan, jangan lupa untuk diagih-agihkan kepada pekerja,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah di sini hari ini.

Tambahnya, kerajaan berharap PTP akan terus meningkatkan kedudukan mereka sekali gus menjadi pelabuhan terbaik di peringkat global, khususnya di rantau ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan melabur RM26 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membina pelbagai kawasan pembangunan di Sungai Pulai, di sini.

“MMC juga akan membangunkan sebuah Green Fuel Terminal bagi pembekalan metanol untuk industri perkapalan. Ini merupakan suatu inisiatif yang selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“PTP merupakan hab kepada pemindahan kontena paling sibuk di Malaysia, meliputi 1,900 ekar kawasan terminal dan 1,600 ekar kawasan zon bebas yang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat perkapalan utama global,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI