fbpx
NURNAZRAH menunjukkan kad pengenalannya bagi membuktikan dia seorang perempuan.

‘Perlu tunjuk MyKad baru orang percaya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jika tidak melihat wajahnya, pasti ramai yang menyangka Nurnazrah Abd Samat seorang lelaki.

Ini kerana, gadis berusia 22 tahun itu bersuara garau sehingga sering disalah anggap atau dituduh menggunakan aplikasi alih suara selepas videonya tular di TikTok baru-baru ini.

Biarpun bentuk fizikalnya adalah wanita, namun Nurnazrah perlu menunjukkan kad pengenalan atau MyKad bagi membuktikan jantina ketika bertemu dengan individu tidak dikenali.

Nurnazrah berkata, suaranya bertukar garau ketika berusia 18 tahun.

“Saya perasan (perubahan) sebab bergetar pada kerongkong dan jadi serak. Ramai terkejut pertama kali dengar suara saya ketika bersiaran di media sosial.

“Saya terpaksa menunjukkan kad pengenalan di TikTok sebagai bukti perempuan. Saya juga berkongsi gambar sewaktu kecil bersama ibu dan bapa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

NurNazrah memberitahu, dia sudah berjumpa dengan doktor dan dimaklumkan tidak menga­lami sebarang masalah disebabkan perubahan suara tersebut.

“Saya menerima kurniaan Allah ini dengan hati terbuka. Mungkin suara berubah kerana saya suka menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi, tetapi tidak me­ngapa asalkan ada suara dan boleh bercakap,” katanya.

Biarpun sering dicemuh, Nurnazrah menegaskan dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu.

Gadis dari Kluang, Johor itu turut berkongsi momen lucu apabila seorang wanita berbangsa Cina terkejut melihat dia bertudung. Wanita itu menyangka Nurnazrah seorang lelaki.

Bekerja sebagai ejen hartanah, Nazrah mengakui berdepan pertanyaan sama daripada pelanggan yang pertama kali berurusan dengannya.

“Kebanyakan mereka mene­rima penjelasan saya dengan baik,” katanya yang turut berharap bakal pasangannya kelak dapat menerima keunikan suara tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN