fbpx

Keselamatan, ketenteraman rakyat jadi keutamaan – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran kereta di kediaman Koo Ham awal pagi tadi. Ihsan JBPM Perak

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada mana-mana individu di negara ini supaya jangan sesekali mengambil tindakan yang melampaui lunas undang-undang.

Menerusi sidang akhbar khas yang diadakan tadi, Saifuddin turut memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman rakyat adalah menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jadi dalam menjalankan siasatan dengan merujuk kepada insiden (molotov cocktail) itu, kita akan lihat kepada semua punca seperti motif, mengesan pelaku, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan berhampiran dan menemu bual saksi.

“Itu semua adalah proses yang saya percaya PDRM cukup profesional untuk laksanakannya. Justeru, pengajaran daripada insiden ini adalah PDRM (tetap) komited dalam menjaga ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Beruas, Perak dibaling ‘molotov cocktail’ atau bom petrol awal pagi tadi menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI