fbpx

Beristerikan BCL, Tiko kekok jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIKO bersama isteri tersayang, Bunga Citra Lestari.

MENJADI tumpuan banyak mata sebaik identiti didedahkan sebagai calon suami sehingga akhirnya menikahi penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) pada 2 Disember lalu hakikatnya membuatkan Tiko Aryawardhana kurang selesa.

Bukan rimas, namun lebih kepada berasa canggung kerana setiap langkahnya mengundang sorotan mata walaupun ketika menikmati hidangan di restoran.

Begitupun, petugas sebuah institusi kewangan ternama itu mengakui sudah berbincang dengan isterinya sebelum mereka berkahwin meredakan kegusaran.

Cuma barangkali disebabkan terheret dengan kisah lampau membabitkan perkahwinan terdahulu serta dituduh mengambil minuman keras ketika parti pada malam hari bahagia mereka, rasa canggung tersebut kembali tercetus.

“Mungkin ada beberapa fasa nyaman, tetapi ada satu tahap saya yang mula terganggu jadi sorotan iaitu ketika kehidupan saya seolah-olah dikupas satu persatu netizen,” ulasnya.

Pada masa sama, Tiko juga dilihat enggan mengulas apabila dibandingkan dengan arwah suami BCL, Allahyarham Ashraf Sinclair sejak awal namanya disebut-sebut sebagai bakal teman hidup penyanyi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI