fbpx

KDN, AGC rangka RUU tubuh agensi tunggal kawalan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bercakap ketika sidang akhbar selepas Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri Tahun 2024 di Kompleks Setia Perkasa, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) kini sedang merangka satu Rang Undang-Undang (RUU) bagi penubuhan sebuah agensi tunggal kawalan negara (SBA).

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, RUU berkenaan dijangka akan dibentangkan pada suku pertama tahun ini di Parlimen.

“Jemaah Menteri baru sahaja memberikan persetujuan untuk cadangan diadakan RUU bagi maksud menubuhkan entiti baharu SBA yang akan memakai satu nama dan seterusnya beroperasi sebagai satu agensi kawalan sempadan yang baharu.

“Keputusan (itu) dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri yang lepas dengan jangkaan bahawa pada tahun ini juga (dibentangkan), iaitu tidak melepasi suku pertama Parlimen tahun ini.

“Bermula sekarang dengan kelulusan Jemaah Menteri itu, maka KDN dan Pejabat Peguam Negara, kami akan memulakan kerja untuk maksud mewujudkan atau mengadakan RUU baharu tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri Tahun 2024 di sini hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan SBA sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI