fbpx

PN cukup SD: Saya tidak mahu komen, tumpu kerja – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas dakwaan dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung status Perikatan Nasional (PN) mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu melayan dakwaan dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu, sebaliknya memberi fokus utama membangunkan negara.

“Tidak apalah, apa dia (Muhammad Sanusi) nak cakap lagi. Tak perlu komen, saya kerja (fokus kerja).

“Kalau ada kes dan isu besar saya akan jawab,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan sempena Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa PN sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memaklumkan secara terperinci termasuk mengenai jumlah SD yang diperoleh sebaliknya menunggu hari untuk ambil alih kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI