fbpx

Laksana program digital lebih agresif, drastik elak Malaysia ketinggalan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar program digital dapat dilaksana secara agresif serta drastik bagi mengelakkan Malaysia ketinggal di masa akan datang.

Anwar berkata, bagi merealisasikan hasrat berkenaan beliau menubuhkan sebuah kementerian baharu iaitu Kementerian Digital agar ia dapat memberi fokus sepenuhnya ke arah memanjukan lagi industri digital negara.

“Program digital harus dilakukan secara agresif dan drastik daripada dahulu, kalau tidak kita akan ketinggalan.

“Saya bentuk kementerian khas (Kementerian Digital) kerana saya tidak fikir Malaysia boleh bersaing dengan pantas…dengan tahap kelajuan yang dicapai oleh negara lain tanpa fokus dalam bidang digital,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI