fbpx

Bekas presiden mahkamah Israel dilantik hakim adili dakwaan genosid Rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barak akan menjadi hakim ke-16 dalam perbicaraan di ICJ. – Globes

THE HAGUE, BELANDA  – Bekas Presiden Mahkamah Agung Israel, Aharon Barak dilantik sebagai salah seorang hakim yang akan mengadili kes dakwaan jenayah perang di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Khamis ini, lapor laman berita Globes semalam.

Kes tersebut dikemukakan oleh Afrika Selatan yang mendakwa Israel melakukan jenayah perang dan genosid ke atas penduduk Palestin Semenanjung Gaza.

Sesi perbicaraan akan bermula Khamis dan Jumaat ini dengan pakar undang-undang antarabangsa, Profesor Malcolm Shaw akan mewakili Israel bagi menjawab segala pertuduhan.

Dalam masa sama, Barak akan menjadi hakim ke-16 perbicaraan tersebut di samping hakim dari Amerika Syarikat (AS), Russia, China, Somalia, Slovakia, Perancis, Maghribi, Lebanon, Jepun, India, Brazil, Australia, Uganda, Jamaica dan Jerman.

Afrika Selatan turut dijangka layak  melantik hakimnya sendiri.

Sesi pendengaran di ICJ berkemungkinan akan menyebabkan Israel diarah mengehadkan tindakan ketenteraannya di Semenanjung Gaza.

Mahkamah tersebut tidak melaksanakan sekatan, namun ia boleh meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melakukannya.

Bagaimanapun, dalam Majlis Keselamatan PBB, AS diketahui mempunyai kuasa veto, berbeza dengan kuasanya dalam ICJ.

Sesi perbicaraan tersebut akan disiarkan secara langsung di laman web ICJ. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI