fbpx

Iran digegar bunyi letupan misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua letupan besar berlaku di bandar Kerman, barat daya Iran minggu lalu. - Anadolu

TEHERAN – Satu bunyi letupan kuat didengari semalam dekat Tasik Bakhtegan berhampiran bandar Shiraz, selatan Iran, lapor agensi berita Anadolu.

Pengarah Pengurusan Krisis Wilayah Fars, Gulamreza Gulami kemudian mengesahkan bunyi letupan tersebut tanpa memberikan puncanya. 

“Punca letupan itu tidak diketahui tetapi menurut pihak berkuasa lapangan terbang Shiraz, tidak ada pesawat penumpang atau helikopter terhempas.

“Unit pertahanan udara tentera turut mengesahkan bunyi letupan kuat di kawasan itu. Pihak berkuasa tempatan, polis dan tentera sedang menyiasat kejadian tersebut,” katanya.

Kawasan sekitar Tasik Bakhtegan tidak mempunyai kawasan perumahan penduduk.

Pada Rabu lalu, dua letupan besar berlaku di bandar Kerman, barat daya Iran, dekat kawasan kubur seorang komander Revolusi Pengawal Iran, Jeneral Qassem Soleimani. 

Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu yang menyebabkan lebih 90 orang maut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI