fbpx

Banjir: Musibah sambut kedatangan tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba dari BBP Skudai menyelamatkan mangsa banjir, Sri Wahyuni Ahmad yang menghidap sakit gout dan buah pinggang selepas rumahnya di SK Kampung Laut dilanda banjir di Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tiga buah kampung di Skudai dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Antara kampung yang ditenggelami banjir ialah Kampung Sepakat Baru Senai, Kampung Laut Skudai dan SK Kampung Laut ditengelami air sedalam kira 1 hingga 2 meter.

Seorang penduduk Shahadan Abdullah, 85, yang menjalankan kedai runcit di Kampung Laut, Skudai, berkata, air mulai naiki kira-kira pukul 10 pagi sehingga paras lutut.

“Tak sangka hujan lebat sejak malam tadi hingga ke petang tanpa henti. Saya sempat selamatkan beberapa keperluan dan bersyukur barangan dalam kedai runcit saya selamat,,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, J. Murugan, 39, berkata, dia berharap kerajaan dapat mendalam dan melebarkan lagi Sungai Skudai agar banjir tidak berlaku lagi.

“Teruk banjir tahun baharu 2024 ini, tahun 2023 saya terpaksa menghadapi empat kali banjir. Kepada Menteri Besar dan wakil rakyat, bantulah kami. Sampai bila kami terpaksa berdepan dengan banjir setiap kali hujan?,” soalnya.

Tinjauan Kosmo! mendapati, semua penduduk telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), di sini.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saifulbahari Safar berkata, dia bersama 15 lagi anggota telah menjalankan kerja-kerja menyelamat seorang pesakit wanita yang menghidap gout dan buah pinggang.

Dalam pada itu, sehingga pukul 4 petang, sebanyak 20 PPS telah dibuka di seluruh negeri Johor menempatkan 905 mangsa yang terdiri daripada 259 keluarga.

Statistik itu menunjukkan peningkatan berbanding 456 mangsa dicatatkan pada pukul 10 pagi tadi, manakala daerah Kota Tinggi merekodkan jumlah mangsa terjejas paling ramai iaitu seramai 637 mangsa, diikuti Kluang (187), Kulai (51) dan Segamat (20). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI