fbpx

Lagi pelajar dibuli, dibelasah dalam belukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular dipercayai membabitkan pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video pergaduhan membabitkan dua individu dipercayai pelajar di sebuah sekolah menengah di ibu negara.

Video berdurasi 14 saat yang dimuat naik pengguna Instagram @malaysia.daily itu memaparkan seorang pelajar berpakaian sukan sebuah sekolah menengah dipercayai duduk di atas seorang pelajar yang lain di suatu kawasan belukar.

Tidak hanya memaki hamun pelajar yang dibuli, malah menerusi video tersebut pembuli berkenaan turut membuang sampah daun kering yang dikumpulkan ke atas mangsa.

Bagaimanapun, masih belum dikenal pasti masa dan di mana kejadian berlaku.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna aplikasi itu meninggalkan komen mahu tindakan tegas diambil terhadap pelajar khususnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“@Pdrmsia_official sila kutip. Biar kutip sekarang daripada sambung buat perangai sampai besar. Sekian. Terima kasih,” ujar @ifa1712

“Kalau adik aku kena buli macam itu, sebelum polis datang kutip, aku kutip kau dulu bawa pergi balai terus. Suka hati nak bergaduh smpai macam itu. Kau pun sekolah lagi,” kata @faaraa.lee.

“Bukti ada senang kena kutip budak ni. Makin menjadi-jadi perangai budak sekarang ni,” ujar @sesuci_debunaa.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI