fbpx

Fahmi minta Sanusi henti berkaraoke tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika ditemui pemberita pada program Jualan Termurah di PPR Kerinchi, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyarankan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd. Nor untuk meletakkan fokus mentadbir negeri diterajuinya berbanding mengambil ‘Langkah Dubai’ untuk menjatuhkan kerajaan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, ia susulan negeri tersebut yang dipimpin Muhammad Sanusi ketika ini mempunyai pelbagai masalah yang perlu diselesaikan.

“Sebelum dia (Sanusi) bercakap tentang Langkah Dubai, tanya dia apa jadi dengan litar lumba di Kedah.

“Saya rasa, daripada dia (Sanusi) komen tentang ini, mungkin Sanusi perlu ubah sikap beliau. Berhentilah berkaraoke tengah malam dengan perempuan ‘ajnabi’ dan fokus mentadbir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Jualan Termurah ‘khidmat demi rakyat’ di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyenaraikan beberapa isu yang dihadapi Muhammad Sanusi antaranya nadir bumi termasuk pasukan bola sepak, Kedah FC.

“Saya rasa, dia ada masalah yang lebih banyak. Dia Menteri Besar, dia bukan Ahli Parlimen. Jadi, fokus kepada tugas masing-masing,” ujarnya.

Muhammad Sanusi sebelum ini menyatakan keyakinan bahawa Langkah Dubai akan menjadi kenyataan dan mendakwa kejatuhan kerajaan akan berlaku menerusi peralihan sokongan Ahli Parlimen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI