fbpx

Syarikat Bumiputera peroleh kontrak ECRL RM2.66 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja jejambat projek ECRL di Gambang, Pahang.

PETALING JAYA – Nilai kontrak bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding dan pembekal Bumiputera setakat 30 November 2023 adalah sebanyak RM2.66 bilion.

Pemilik projek berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) berkata, angka berkenaan adalah 76.07 peratus dari sasaran RM3.5 bilion.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.69 bilion dianugerahkan kepada syarikat kontraktor Bumiputera, RM0.28 bilion kepada syarikat perunding Bumiputera dan RM0.69 bilion kepada syarikat pembekal Bumiputera.

“Sejak tahun 2017 sehingga kini, pihak MRL dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), selaku kontraktor utama telah bekerjasama dengan kerajaan negeri terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang serta Selangor bagi mempertingkatkan penglibatan kontraktor Bumiputera.

“Usaha untuk memperkasa penglibatan Bumiputera dalam projek ECRL sentiasa menjadi keutamaan sungguhpun perkara ini tidak termaktub di dalam Perjanjian EPCC (kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian) yang hanya mensyaratkan penglibatan syarikat tempatan.

“Nilai kontrak bagi syarikat Bumiputera dijangka akan terus meningkat menerusi kerja-kerja pembinaan landasan ‘dual gauge’ dari Stesen ECRL Pelabuhan Klang (Jalan Kastam) ke dermaga Westports dan Northport,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Setakat 30 November 2023, sejumlah RM13.64 bilion nilai kontrak projek ECRL telah dianugerahkan kepada syarikat tempatan yang terdiri daripada syarikat kontraktor, perunding dan pembekal, melepasi sasaran RM10.8 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI