fbpx

Sudah ada anak syarikat agensi KKDW tidak untung ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun 2024 di KKDW, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa (KKDW) mengesahkan sudah ada anak syarikat di bawah agensi KKDW yang ditutup kerana tidak merekodkan keuntungan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, maklumat lanjut mengenai syarikat yang ditutup itu akan didedahkan di Parlimen nanti.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa berkata, kementerian sudah menawarkan
kaedah ‘management buyout (MBO)’ atau pengambilalihan oleh pengurusan kepada anak syarikat itu.

“Telah ada (anak syarikat) yang ditutup. Saya juga telah arahkan kepada pengerusi-pengerusi agensi dan lembaga kemajuan wilayah supaya berusaha memulihkan semula syarikat yang tidak mempunyai keuntungan.

“Elok cari jalan untuk menyumbang kepada keuntungan kepada agensi dan KKDW dan jika tidak (gagal), arahan saya sila tutup. Ini sangat penting supaya kita tak tanggung ‘ biawak hidup’ dalam organisasi kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun 2024 KKDW di sini hari ini.

Katanya, kementerian juga telah menyerahkan kepada mereka (pengurusan syarikat) bayaran nominal (setimpal) jika mereka ingin keluar daripada anak syarikat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI