fbpx

Sampul surat RM580 sehelai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampul surat itu didatangkan dengan dua saiz berbeza. - The quint

PARIS – Jenama mewah Perancis, Hermes International memperkenalkan sampul surat berharga AS$125(RM580) sehelai, lapor laman berita Wion News semalam.

Sampul surat itu dibuat di Perancis dan boleh digunakan berulang kali. Ia dibalut sutera dan merupakan sebahagian daripada koleksi alat tulis mewah Hermes selain buku nota dan pen.

“Dibalut dengan sutera, boleh digunakan semula dan didatangkan dalam dua saiz berbeza (A4 dan A5), sampul ini boleh digunakan untuk menghantar jemputan khas atau meluahkan rasa cinta.

“Cara tahan lama untuk menjadikan hidup anda sebagai kenangan terindah,” demikian keterangan produk itu di laman web Hermes.

Terdapat beberapa reka bentuk sampul surat itu dengan Hermes memberitahu, corak dan warna produk yang dibeli pelanggan akan menjadi kejutan.

Hermes turut menjual pemberat kertas model Samarcande pada harga AS$2,950 (RM13,702). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI