fbpx
Gambar hiasan

Surat kelulusan projek pelebaran lebuh raya Plus adalah palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat bertarikh 17 Julai 2026 yang mendakwa kelulusan Jemaah Menteri diberikan bagi cadangan Projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) untuk kerja-kerja pelebaran Lebuh Raya Plus.

PMO dalam kenyataan hari ini menegaskan surat berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan atau ditandatangani oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan atau menandatangani surat tersebut dan Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang kaitan dengan dokumen serta kelulusan seperti yang didakwa,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya, menyebarkan atau berkongsi dokumen berkenaan.

PMO turut memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung pemalsuan dokumen, selain penyalahgunaan nama Perdana Menteri serta identiti rasmi Pejabat Perdana Menteri.

“Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN