fbpx

Jenazah wartawan Fiza Kamarudin diterbangkan ke tanah air esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Allahyarham Fiza Kamarudin dijangka tiba di Kuala Lumpur esok dan akan dikebumikan sejurus selepas itu.

PETALING JAYA – Selepas seminggu, jenazah Allahyarham Siti Nor Hafizah Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross di London, United Kingdom dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi esok.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan daripada suaminya, Mohd. Roshidi yang turut memberitahu jenazah akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di Kuala Lumpur.

“Untuk makluman, jenazah Allahyarham Fiza Kamarudi insya-Allah akan berlepas pada 5 Januari 2024 (Jumaat) pukul 10.25 pagi (waktu London) menuju ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH0003 dan dijangka tiba di KLIA 6 Januari (Sabtu) pukul 7.15 pagi.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kampung Baru sejurus selesai urusan di KLIA untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak 2, Taman Selasih,” ujarnya.

Terdahulu, industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti di sana akibat pendarahan otak.

Fiza, 40, dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.

Allahyarham yang juga bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI