fbpx

Wanita maut, teman lelaki cedera bergaduh dengan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita maut manakala teman lelakinya cedera dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang wanita maut manakala teman lelakinya cedera dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dengan kesan tikaman menggunakan senjata tajam itu dipercayai wanita warga tempatan dikenali Lee Siew Lean, 40.

Kejadian sekitar pukul 10.30 pagi itu berlaku melibatkan mangsa dan teman lelakinya berusia 42 tahun yang juga rakan kongsi perniagaan serta suspek berusia lingkungan 50-an.

Difahamkan, sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara si mati dan suspek yang juga pekerjanya di mana ia dikatakan berpunca kerana masalah kewangan.

Berikutan itu, suspek yang juga cedera di telinga ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu, dia ada terdengar suara jeritan seorang wanita namun tidak menyangka membabitkan kes bunuh.

“Saya ingatkan itu jeritan biasa, tak sangka ada kes pergaduhan hingga membawa kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI