fbpx

Mahkamah: Perunding syarikat didakwa tipu RM3.3 juta berkait lesen pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang perunding syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berkaitan urusan mendapatan lesen pelaburan melibatkan kerugian berjumlah RM3.3 juta, dua tahun lalu.

Johnathan Wong Futt Po, 40, didakwa menipu lelaki berusia 45 tahun itu dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia akan melaksanakan urusan mendapatkan lesen pelaburan walhal tertuduh tidak mempunyai kapasiti menguruskannya.

Ia mendorong mangsa membuat pindahan wang berjumlah ASDT 789,014 bersamaan RM3,316,431.40 yang dimasukkan ke dalam kripto e-wallet milik tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Strata Office Tower, KL Eco City, Jalan Bangsar di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Siti Anis Che Ab. Wahab
mewakili Johnathan memohon jaminan RM50,000.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 5 Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI