fbpx

Johari jumpa kontraktor selesaikan masalah jalan berlopak di SPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara foto yang dikongsi di Facebook beliau hari ini.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi kontraktor yang membina projek Lebuh Raya Setiawangsa Pantai (SPE) bagi menyelesaikan masalah jalan berlopak di kawasan tersebut.

Melalui satu kenyataan di Facebook, Johari berkata, hasil daripada perjumpaan itu kontraktor terlibat telah menyatakan komitmen dengan meletakkan “target completion” pada akhir Feb 2024 ini untuk kontraktor membaiki, menurap serta menyelesaikan masalah jalan-jalan yang terjejas.

“Saya telah mendapat banyak aduan berikutan masalah jalan yang rosak ataupun berlopak di sekitar projek pembinaan lebuhraya SPE (dikenali sebelumnya sebagai DUKE 3) yang telah menjejaskan penggunaan jalan bermula bulatan Kampung Pandan masuk ke Jalan Kampung Pandan, SMK Aminuddin Baki, Desa Pandan serta Jalan Wickham Raintree Kuala Lumpur.

“Oleh yang demikian, saya telah mengadakan perjumpaan bersama pengurusan tertinggi kontraktor yang membina projek Lebuh Raya SPE ini.

“Hasil daripada perjumpaan, mereka telah menyatakan komitmen dengan meletakkan “target completion” pada akhir Feb 2024 ini untuk kontraktor membaiki, menurap serta menyelesaikan masalah jalan-jalan yang terjejas bagi kawasan Kampung Pandan, SMK Aminuddin Baki, Desa Pandan serta Jalan Wickham Raintree KL,” tulis Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI