fbpx

Jari hantu murid tersangkut dalam tombol pintu kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sedang mengeluarkan jari hantu seorang murid tahun tiga yang tersangkut pada tombol pintu kelas di Klinik Kesihatan Sri Langkap, Setiu hari ini.

SETIU – Gara-gara bermain dengan pintu kelas, seorang murid tahun tiga terpaksa menahan kesakitan lebih 45 minit apabila jari hantu kanannya tersangkut pada tombol pintu tersebut di sebuah sekolah di daerah ini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.05 tengah hari itu, budak lelaki berusia sembilan tahun itu mengadu kesakitan sebelum dikejarkan guru dan penjaganya ke Klinik Kesihatan Sri Langkap berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Razli Rapiae berkata, pihaknya kemudiannya dihubungi pegawai perubatan klinik kesihatan itu untuk memohon bantuan mengeluarkan jari mangsa berkenaan dari tombol pintu tersebut.

“Sepasukan anggota bomba telah bergegas ke klinik kesihatan berkenaan bagi melakukan operasi tersebut.

“Tombol pintu tersebut terpaksa dipotong dengan berhati-hati sebelum jari mangsa dikeluarkan dengan selamat dari tombol pintu itu dengan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razli berkata, kerja-kerja penyelamatan oleh sembilan anggota bomba tersebut memakan masa kira-kira 45 minit.

Tambah beliau, murid lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai perubatan klinik itu untuk rawatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI