fbpx

Daratan Jepun berubah akibat gempa bumi kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kemusnahan akibat gempa di Ishikawa pada 1 Januari lalu. – EPA

TOKYO – Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud  yang menggegarkan tengah Jepun kelmarin turut menyebabkan tanah di beberapa lokasi meningkat tinggi melebihi 4 meter dan condong lebih 1 meter, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kiraan itu dibuat oleh rangkaian stesen GPS yang didirikan di titik-titik strategik di  seluruh Jepun.

Apabila gempa bumi melanda, saintis-saintis  boleh mengira pergerakan tanah secara tepat dan menunjukkan bagaimana landskap telah berubah dan beralih.

Berdasarkan kiraan sistem tersebut, daratan dikesan bergerak sehingga 130 sentimeter ke arah barat selepas gempa bumi kelmarin.

Tanah bergerak paling banyak di sebelah barat Semenanjung Noto, manakala dasar lautan di kawasan itu juga beralih. Bencana itu seterusnya menghasilkan gelombang tsunami setinggi kira-kira 80 sentimeter.

Dalam masa sama, saintis-saintis  juga memantau Jepun dari angkasa lepas dengan membandingkan imej satelit yang dirakam sebelum dan selepas gempa bumi berlaku.

Kapal angkasa ALOS-2 melaporkan bahawa jarak antara kedudukannya dengan permukaan daratan semakin pendek disebabkan permukaan Bumi yang menaik selepas gegaran berlaku. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI