fbpx

UMT jenama semula Fakulti Teknologi, Kejuruteraan dan Informatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan (kanan) merasmikan penjenamaan semula FTKK dan penubuhan FSKM di UMT, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menjenamakan semula Fakulti Teknologi, Kejuruteraan dan Informatik (FTKKI) kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTKK) sempena ketibaan tahun 2024.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, selain itu, Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) juga ditubuhkan sebagai pecahan kepada FTKKI berkenaan.

“Penjenamaan semula FTKK merupakan sebahagian usaha UMT memperkukuhkan lagi identiti dan pencapaian universiti.

“Penubuhan FSKM pula bagi mencerminkan penumpuan UMT yang lebih jelas terhadap bidang matematik dan teknologi maklumat,” katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, penjenamaan semula tersebut sejajar dengan falsafah UMT dalam menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi negara.

Tambah beliau, UMT juga mewujudkan dua jabatan baharu iaitu Pusat UMT Life dan Pusat Pengurusan Lestari bagi memperkasakan lagi kekuatan universiti tersebut.

“Pusat UMT Life akan diterajui Prof. Dr. Hafiza Aishah Hashim manakala Prof. Madya Dr. Chia Poh Wai diamanahkan sebagai Pengarah Pusat Pengurusan Lestari.

“Transformasi ini mengambil kira peningkatan kapasiti dalam penyelidikan dan inovasi serta khidmat sokongan UMT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI