fbpx

Perbaharui lesen memandu, cukai jalan dengan MyJPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke menunjukkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan slip Lesen Memandu Malaysia (LMM) dalam bentuk kertas keselamatan ketika lawatan kerja ke JPJ Negeri Selangor, Shah Alam. -Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi MyJPJ boleh dilaksanakan mulai 1 Februari depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan urus niaga berkenaan akan dilakukan secara berperingkat.

Katanya, peringkat awal inisiatif baharu itu bagaimanapun hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara Malaysia.

“Bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara digital, pembaharuan LKM dan LMM itu boleh dilakukan bermula bulan depan.

“Selain menjimatkan masa dan kos, ia dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter JPJ sedia,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat JPJ Selangor, Padang Jawa di sini, hari ini.

Jelas Siew Foow, individu yang menggunakan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika membuat pembaharuan turut akan menikmati rebat RM5.

“Rebat bermula 1 Februari sehingga 31 Disember tahun ini hanya bagi mereka yang memilih e-LMM menerusi kaunter JPJ, portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ atau rakan niaga JPJ.

“Inisiatif itu juga hanya kepada warganegara dan tidak terpakai kepada warga asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang, kad MyKAS dan kad MyPR,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, masih ramai pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia dengan pendigitalan dengan memilih kaedah fizikal.

“Bagi tujuan penyesuaian dalam tempoh interim, JPJ akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal berbentuk baharu dan diseragamkan.

“Pengeluaran kedua-dua slip itu selepas ini hanya dalam bentuk kertas keselamatan dan tidak perlu dilekat atau dipamerkan pada cermin kenderaan,” katanya.

Tambah Siew Fook, slip LKM itu tidak wajib dan bertujuan memberi masa kepada mereka yang masih perlu menyesuaikan diri dengan sistem digital. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI